al kisah benar

KISAH GOLONGAN MASUK SYURGA TANPA DIHISAB

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, merekTIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangatlah berat timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul engkau Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T., maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail A.S. mengumumkan, “Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut,”

Dalam sebuah kitab yang lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan yang menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.”(Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka dapat didengari sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku,”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-ganang, umat nabi Muhammad berusaha menghalangi dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah,
demi hak orang-orang yang khusyuk dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.”

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Brekata Jibrail A.S., “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkan padanya.” Lalu baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail A.S., “Wahai Jibrail! Air apakah itu?” Maka Jibrail berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W., “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

a ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, “Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”

Berkata orang yang mati syahid, “Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah.”

Berkata Jibrail A.S., “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?”

Orang yang mati syahid menjawab,”Aku mendengar daripada alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, “Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”

Berkata yang berhaji,”Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah.”

Berkata Jibrail A.S., “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?”

Berkata yang berhaji, “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, “Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?”

Menjawab si penderma, “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”

Jibrail A.S. berkata lagi, “Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma, “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”

Maka Jibrail A.S. pun berkata, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”

Kemudian orang alim berkata, “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu.”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, “Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu.”

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, “Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu.”

Al Hassan r.a. berkata, “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Amal apakah yang paling utama?”

Rasulullah S.A.W. menjawab, “Berilmu tentang Allah.”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).

Sabda Rasulullah S.A.W., “Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:

1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.”

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, “Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di kirimu, dunia di belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu memenuhi nafsu syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat dan anggota tubuhmu mengajakmu untuk melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “… Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya…”

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama pada dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang dari dirinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperoleh semua kebaikan.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

KISAH PERTANYAAN NABI ADAM DAN IBLIS KEPADA ALLAH S.W.T.

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa Nabi Adam A.S. telah bertanya kepada Allah S.W.T., “Ya Allah, Engkau benar-benar telah menguasakannya atas aku, oleh itu tidak mungkin aku dapat menolaknya melainkan dengan pertolongan Engkau.”

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak bagimu, melainkan aku serahkan anak itu kepada malaikat yang selalu menjaganya.”

Kemudian Nabi Adam A.S. pun berkata lagi, “Ya Allah, tambahkanlah lagi untukku.”

Maka Allah berfirman yang bermaksud, “Setiap kebaikan akan dapat sepuluh kali ganda.”

Nabi Adam berkata lagi, “Ya Allah tambahkanlah lagi untukku.”

Allah berfirman yang bermaksud, “Tidak akan aku cabut taubat dari mereka(manusia) selagi nyawa-nyawa mereka masih dalam tubuh mereka.”

Nabi Adam berkata lagi, “Ya Allah tambahkanlah lagi untukku.”

Lalu Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Aku akan mengampuni mereka dan aku tak peduli.”

Nabi Adam berkata lagi, “Sekarang cukuplah untukku.”

Kemudian iblis pula bertanya kepada Allah S.W.T., “Ya Tuhanku, Engkau jadikan di kalangan anak cucu Adam beberapa utusan dan Engkau turunkan kepada mereka beberapa kitab. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi utusan-utusanku?”

Allah menjawab dengan firman-Nya yang bermaksud, “Utusanmu itu ialah tukang-tukang nujum.”

Iblis bertanya lagi, “Dan apa pulak yang menjadi kitabku?”

Firman Allah bermaksud, “Kitabmu ialah tahi lalat buatan.”

Bertanya Iblis lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi hadisku?”

Firman Allah yang bermaksud, “Hadismu ialah semua kata-kata dusta dan palsu.”

Iblis bertanya lagi, Ya Tuhanku, apakah quranku?”

Firman Allah yang bermaksud, “Quranmu ialah nyanyian.”

Iblis bertanya lagi, “Siapakah yang menjadi muazzinku?”

Allah berfirman yang bermaksud, “Muazzinmu ialah seruling.”

Iblis bertanya lagi, “Dan apakah yang menjadi masjidku?”

Firman Allah yang bermaksud, “Masjidmu ialah pasar.”

Bertanya lagi Iblis, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi rumahku?”

Firman Allah yang bermaksud, “Rumahmu ialah bilik air tempat permandian.”

Iblis bertanya lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi makananku?”

Firman Allah yang bermaksud, “Makananmu ialah makanan yang tidak disebut nama asmaku.”

Iblis bertanya lagi, “Apakah yang menjadi minumanku?”

Allah berfirman yang bermaksud, “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan.”

Dan akhir sekali Iblis bertanya kepada Allah S.W.T., “Ya Tuhanku, apakah yang akan menjadi perangkapku?”

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Perangkapmu ialah perempuan.”

Dengan terbacanya kisah ini hendaklah kita berusaha supaya menjauhkan diri daripada perangkap-perangkap iblis.

Apabila kita takut kepada seseorang maka hendaklah kita menjauhkan diri daripadanya tetapi sekiranya kita takut kepada Allah, hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya.

UNTA MENJADI HAKIM

Pada zaman Nabi S.A.W. ada seorang Yahudi yang menuduh orang muslim mencuri untanya. Maka dia pun membawa empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Setelah diadili, maka Nabi pun menjatuhkan hukuman bahawa unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan orang muslim itu. Orang Muslim itu kebingungan kerana dituduh mencuri.

Maka dia pun berdoa kepada Tuhan, “Tuhanku dan baginda adalah Rasul, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Seterusnya lelaki itu berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hukuman engkau itu benar akan tetapi mintalah keterangan daripada unta ini.”

Kemudian Nabi pun bertanya kepada unta itu, “Hai unta , milik siapakah kau ini?”

Unta itu menjawab dengan fasih dan terang, “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang muslim ini dan sesungguhnya para saksi adalah pendusta.”

Akhirnya Rasulullah S.A.W. pun berkata kepada orang muslim itu, “Wahai orang muslim, beritahu kepada aku apakah yang engkau lakukan sehingga Allah menjadikan unta ini boleh bercakap.”

Jawab orang Muslim itu, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur waktu malam sehingga aku membaca selawat untukmu sepuluh kali.”

Rasulullah berkata, “Engkau telah selamat daripada hukuman potong tangan di dunia ini dan selamat juga dari siksa akhirat nanti dengan sebab berkat engkau membaca selawat untukku.”

Membaca selawat memang dianjurkan oleh Islam kerana pahalanya pun sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pun, dia boleh melindungi dirinya dari segala macam bencana yang menimpanya di dunia mahu pun di akhirat nanti.
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.
– Maksud al-Quran/Surah al-Ahzab : 41-42

Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.
– Maksud al-Quran/Surah an-Nahl : 125

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan (takut melanggar) perintah Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. – Maksud al-Quran/Surah al-Fatir : 28

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, pada hal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal? – Maksud Al-Quran/Al Baqarah 44.

Maka yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya, sesudah nyatanya sesuatu yang benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan daripada kebenaran? – Maksud Al-Quran/Yunus 32.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: